jauhilah

KELEBIHAN



#1. Mudah melihat perkaitan antara satu perkara dengan perkara yan lain

Apabila anda melakar peta minda, secara tidak langsung anda telah membuat banyak perkaitan hanya dengan satu kata kunci. Semuanya berhububg kait sekaligus memudahkan anda untuk lebih ingat dan menghafal.


#2. Mudahkan pemahaman

Berdasarkan ayat-ayat dari buku dan bahasa-bahasa yang digunakan telah membuatkan anda pening untuk lebih memahami isi yang terkandung didalamnya. Namun, melalui peta minda ini ianya dapat membantu anda untuk lebih memahami dengan mendalam. Ini kerana, peta minda hanya menggunakan satu kata kunci dan memberikan cabang pemahaman yang lebih mudah maksudnya.


#3. Mudah dibawa dalam poket

Buku teks yang berat dan banyak mungkin menyukarkan anda untuk kehulu hikir membawanya walaupun telah diletakkan secara baik dalam bag galas. Tanpa anda sedar, melalui peta minda yang hanya dibuat disekeping kertas A4, telah memudahkan anda membawa nota yang anda perkukan ke sana sini. Senang dibawa dalam poket dan ringan.


#4. Sangat baik untuk buat rumusan topik.

Agak sukar untuk anda membuat rumusan bagi 1 topik yang terkandung di dalam buku dan disimoan dalam memori minda. Namun, peta minda dapat menjadikan rumusan topik menjadi lebih ringkas dan padat. Ianya memberikan impak yang sangat baik kepada memori minda anda.


#5. Menjimatkan masa ulangkaji

Adanya peta minda yang lebih ringkas dan mudah, ianya membantu menjimatkan masa anda untuk mengulangkaji pelajaran. Apabila adanya sesi ulangkaji, anda tidak perlu mengeluarkan nota yang panjang lebar dengan isi kandungan yang belum pasti memberikan inout yang sangat berguna Oleh yang demikian, melalui peta minda ia membantu dalam menjimatkan masa serta memudahkan anda dalam mengulangkaji.

No comments:

Post a Comment

Ultras Tranung

bersama KO PAI 1 yang berwibawa..  pakai kain pelikat pon boleh hahha.. layann✌